skpptt.zoom-a.com
SK PEKAN PUTATAN, PENAMPANG
JALAN PEJABAT DAERAH PUTATAN
88200 KOTA KINABALU, SABAH
 Tel : 088761941 / Faks : 088763625
e-mel : skpptt@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | LOGO SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | MATLAMAT SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KEPUTUSAN UPSR | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | BUKU PELAWAT | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | MARQUEE | PANORAMA | PIBG |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
( ABD. KASIM @ ABU KASSIM BIN BINSIN )


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga sekolah, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat memperatkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini di samping menepati kehendak motto sekolah iaitu ' Ilmu Disiplin Amal '.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Wassalam.



1 MALAYSIA

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: