skpptt.zoom-a.com
SK PEKAN PUTATAN, PENAMPANG
JALAN PEJABAT DAERAH PUTATAN
88200 KOTA KINABALU, SABAH
 Tel : 088761941 / Faks : 088763625
e-mel : skpptt@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | LOGO SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | MATLAMAT SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KEPUTUSAN UPSR | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | BUKU PELAWAT | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | MARQUEE | PANORAMA | PIBG |



MATLAMAT SEKOLAH

1.    MATLAMAT UMUM

Memberi pendidikan asas yang konkrit serta menyeluruh di dalam dn di luar bilik darjah untuk menyediakan murid-murid memiliki budaya ilmu yang mantap bagi memasuki ke alam sekolah menengah dan seterusnya hingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya mereka menjadi rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

2.    MATLAMAT KHUSUS

2.1   Matlamat pendidikan yang khusus serta menyeluruh untuk menghadapi hidup bermasyarakat.

2.2   Memberi pengajaran yang asas dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira selaras dengan objektif dan matlamat KBSR.

2.3   Melahirkan cara berfikir yang logik, baik dan kritis setiap individu murid sesuai dengan perkembangan ilmu, perubahan rakan dan alam sekitar.

2.4   Mendorong/memberi galakan dalam mencapai kejayaan UPSR dan PKSR pada setiap bulan dan penggal persekolahan.

2.5   Mendorong penekanan dan kesedaran kepada murid-murid menceburkan diri dalam kegiatan luar yang berfaedah khususnya kokurikulum.

2.6   Memberi penekanan dan kesedaran kepada  murid-murid dalam menjaga serta mengawal budaya sekolah.

2.7   Menanamkan sikap bertanggungjawab, yakin dan percaya kepada diri serta semangat mahu menimba ilmu tanpa dipaksa dan patuh khususnya pengawas dan umumnya kepada masyarakat.

2.8   Menanamkan semangat kekitaan di kalangan guru-guru, anggota kumpulan sokongan (AKS) serta murid-murid sejajar dengan matlamat Integrasi Nasional.

2.9   Mempertingkatkan disiplin diri dalam mengamalkan budaya kerja di kalangan guru-guru, aks dan murid-murid.

TEKAD DAN HARAPAN. Marilah kita bersama-sama meningkatkan budaya kerja semata-mata kerana ALLAH dan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara selaras dengan tuntutan masyarakat serta objektif sekolah. "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan", Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan, berazam, merancang, berusaha dengan gigih adalah kunci kejayaan. HIDUP BERILMU, BERDISIPLIN, BERAMAL DAN BERJASA. 





1 MALAYSIA

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: